Sunday, January 16, 2011

KemBali

Lamanya lah aku tak bercoretan di dada blog aku ini.....sekarang dah tamat belajar pun.Macam-macam rintangan yang aku hadapi sepanjang tempoh pengajian aku di UPSI.Tapi tidak mengapa semuanya berbaloi. Sekarang hanya menghitung hari untuk aku ke sekolah untuk menjalani praktikum yang telah ditetapkan....

Saturday, January 23, 2010

KeSePiaN....

Kesepian...
Jiwa bertandang tak terkata
Menantikan pengisiannya seribu makna
Ku tunggu umpama hadirnya pelangi
Menceriakan pandangan berwarna-warni

Kini masih sepi...
Tiada kepuasan dapat dipenuhi
Juadahnya juga masih tidak terhidang lagi
Apakah istimewanya dengan kehadirannya??
Akan ku nanti...
Kehadiran...
Kehebatan dan...
Ketulusan hatinya

Friday, October 9, 2009


Hai...budak dua orang niiiiiii.....dah la baju warna sama. Mercun pun warna hijau gak....Tak sepakat btullah dengan kak ngah......ALANG...ADIK....Raya Haji tak de main-main mercun dah tau...huhuhuhuhuhu...sayang kamu berdua...mmmmmmmmuah..

Nasib baik jumpa blog EN.ARIFF.....

091009...betapa aku gembira apabila bersinggah sana sebentar di blog En. Ariff. Blog beliau memberi seribu kegembiraan kepadaku.Ramai tokoh-tokoh bahasa yang dapat aku kenali rupa parasnya dan antara kehebatan mereka. Selain itu, ada sebaliknya juga yang membuat aku gembira bila meneroka bahagian meneroka blog EN ARIFF..huhuhuhu....apa-apa pun terima kasih En. Ariff...

Tuesday, September 8, 2009

Tanda-tanda Tekanan Jiwa....

Biasanya penyakit ini jarang dihidapi oleh manusia secara mendadak. bahkan sebelum penghidapan jiwa itu timbul , maka biasanya terlebih dahulu lahr beberapa tanda yang memberi alamat bahawa penyakit ini sedang dalam proses perkembangan dan lambat-laun akan meletus.
Tanda2nya ialah:
Individu akan merasa ketegangan urat saraf atau kegentingan perasaan. Orang2 yang mengalami ketegangan urat saraf dan kegentingan perasaan itu terperasan bahawa dirinya diancam bahaya, dan merasa dirinya terdesak untuk melakukan sesuatu untuk merehatkan dan menenangkan jiwa mereka yang tegang itu.. seperti mengambil ubat tidur dan sebagainya. dan ada juga yang sanggup bertungkus-lumus melakukan kegiatan 2 dan kerja2 yang dianggap karut dan tidak wajar oleh orang ramai.
Terlalu marah atau perengus dan terburu2 dalam menghadapi suasana2 dan kejadian2. dia akan meletus marah, merengus dan bergembira dengan sebab2 yang kecil dan remeh.
Kerap hilang semangat dan hilang minat hidup, lemah dan cepat mahu berundur bila sahaja bersua dengan sedikit kesukaran atau rintangan.
Dikongkong oleh perasaan was2 yang berat. sebagai contoh; dia akan mengulangi membersihkan tangannya walaupun telah dibersih berulangkali kerana dia berasa tidak tenang selagi tidak diulangi pembersihan itu beberapa kali.
Terlampau takut pada benda2 atau suasana2 yang tertentu seperti terlampau takut kepada gelap, kepada tempat2 lapang, kepada tempat2 yang sesak, takut kucing, takut pada tempat tinggi dan sebagainya lah..perjalanan badan terganggu atau tidak teratur seperti jantung selalu berdebar iaitu perasaan tidak sedap hati, kepala selalu sakit dan sebagainya.
Ini adalah antara penyakit jiwa yang kita tidak ketahui dan tidak menyangka bahawa ianya juga merupakan salah satu tekanan mental.. .. sape2 yang fobia tu juga merupakan pengidap penyakit ini.. bukan setakat tidak siuman, histeria, amuk dan sebagainya boleh dikategori sebagai penyakit jiwa ini.. cuma penyakit2 jiwa mempunyai tahap2 samada ianya kronik atau tidak..

Hikayat Malim Deman : Realiti atau Fantasi

Maka Tuan Puteri Bongsu pun naik bersalin kain basahan, duduk di pintu Nenek Kebayan dengan percintaannya. Maka Nenek Kebayan pun turunlah ke tanah mendapatkan Malim Deman, menyuruh bersiram membalikkan rupa sedia kala itu. Maka Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram ke dalam taman itu beryang-yang mengamalkan sekalian ilmu hikmat. Setelah sudah, kembalilah rupanya seperti sedia kala, terlalu elok mejelisnya, lalu kembali ke rumah Nenek Kebayan, serta dipakainya baju layang dan kain layang Tuan Puteri Bongsu itu melalui dari pintu nenek yang tempat tuan puteri. Demi terpandang oleh Tuan Puteri Bongsu akan seorang laki-laki terlalu elok mejelisnya itu, maka berdebarlah hati tuan puteri, melayang roh semangatnya, jatuhlah hatinya kasih sayang yang tiada dapat diperikan lagi, melihatkan rupa cahaya gilang-gemilang itu. Maka tuan puteri pun segeralah menarik tudung ke atas hulunya berselubung mukanya lalu baring seraya bersabda memanggil Nenek Kebayan. “Aduhai nenek, kepala beta sangatlah ngilu rasanya: “Pening kepala bagai dibaji,Sakit hati bagai digunting.”Maka Nenek Kebayan pun masuklah ke dalam bilik itu mendapatkan tuan puteri, memicit hulunya, mengurut-urut seluruh tubuhnya. Maka sabda Tuan Puteri Bongsu, “Orang mana itu, nenek, yang terlalu amat elok itu, gilang- gemilang cahaya mukanya?”Maka sahut Nenek Kebayan dengan perlahan-lahan suaranya, “Wahai cunda tuan puteri, itulah yang bernama Tuanku Malim Deman, putera Tuanku Malim Dewa, cucu Tuanku Malim Perman yang memerintah di negeri Bandar Muar ini!”

Sunday, August 30, 2009

DASAR BAHASA DAN PERANANNYA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Matlamat Dasar Bahasa Kebangsaan Yang Ada Sekarang

Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara berbilang bangsa dan bahasa seperti Malaysia ialah masalah menentukan bahasa apakah yang patut digunakan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi kerajaan atau negara. Ini bukan sahaja merupakan masalah ideologi yang berkait dengan soal nasionalisme, perpaduan bangsa dan jati diri negara tetapi juga masalah pragmatisme, yakni masalah fungsi bahasa itu sebagai alat pembangunan negara. Untuk menyelesaikan masalah ini Malaysia memilih Bahasa Melayu untuk menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara yang merdeka selepas tahun 1957 di samping mengangkat tarafnya menjadi bahasa kebangsaan yang diharap akan berfungsi sebagai bahasa komunikasi luas dalam masyarakat pelbagai kaum dan bahasa.

Pelaksanaan Dasar Bahasa
Pada mulanya dasar bahasa itu dicurigai oleh sesetengah golongan, terutama dalam tahun-tahun 60-an. Mereka khuatir dasar itu boleh memusnahkan bahasa, budaya dan kepentingan pendidikan kaum-kaum bukan Melayu. Golongan elit berbahasa Inggeris pula khuatir bahawa pentadbiran negara dan sistem pendidikan kebangsaan yang dikendalikan dalam BM (menggantikan bahasa Inggeris) boleh memundurkan negara ini. Setelah kira-kira 40 tahun ternyata bahawa segala kekhuatiran itu tidak munasabah dan tidak beralasan. Rata-rata penduduk Malaysia menerima dasar bahasa yang ada sekarang. Bahasa-bahasa lain tidak termusnah kerana dasar bahasa itu membenarkan bahasa-bahasa lain digunakan dengan bebas dalam semua bidang kecuali untuk "maksud rasmi" kerajaan. Lihat kedudukan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain dalam sektor swasta berbanding dengan kedudukan BM - bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara - dalam sektor yang sama. Lihat juga kegunaan bahasa Inggeris yang semakin meluas di institusi pengajian tinggi swasta yang berjumlah lebih 280 buah banyaknya di dalam negeri ini. Sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan BM sebagai bahasa pengantar utamanya (yakni di sekolah kebangsaan dan di institusi pengajian tinggi awam) tidak menjejaskan nasib pendidikan kaum-kaum bukan Bumiputra. Pelajar-pelajar bukan Melayu sudah membuktikan bahawa dasar itu tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang pendidikan melalui Bahasa Melayu, baik di peringkat SPM dan STPM mahupun di peringkat universiti. Dari tahun 1990 hingga tahun 1995 universiti awam dalam negeri yang menggunakan BM sebagai bahasa pengantar utamanya telah menghasilkan sebanyak lebih kurang 35,000 orang siswazah dalam bidang sains dan teknologi, 55% daripada mereka bumiputra dan 45% bukan bumiputra.

Isu dan Masalah

Ada kecenderungan di kalangan golongan elit berbahasa Inggeris di Malaysia, malah juga di kalangan pemimpin Melayu dalam kerajaan,untuk memberikan peranan atau taraf yang berbeza kepada Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris (BI) dalam proses pembangunan negara. Mereka sering menegaskan bahawa BI penting sebagai "bahasa kemajuan", yang dimaksudkan ialah kemajuan ekonomi, perusahaan dan teknologi, manakala peranan Bahasa Melayu dianggap penting hanya sebagai "bahasa perpaduan" dan "bahasa rasmi" negara. Penegasan terhadap BI sebagai bahasa kemajuan itu dikatakan tidak akan menjejaskan peranan dan "martabat" Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan "bahasa perpaduan". Jadi, secara sedar atau tidak sedar, selepas tahun 1990 terutamanya, kerajaan seolah-olah membiarkan berlakunya dua jenis dasar bahasa di negara ini, yang satu dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan negara, yang satu lagi dasar memartabatkan Bahasa Melayu sebagai "bahasa perpaduan". Kalau ini benar maka kita percaya bahawa bukan sahaja nilai Bahasa Melayu sebagai "bahasa kemajuan negara" vis-a-vis bahasa-bahasa lain, khususnya BI, akan merosot bahkan peranannya sebagai "bahasa perpaduan" juga akan terjejas. Dan apabila nilainya sebagai "bahasa kemajuan negara" merosot apa perlunya penduduk Malaysia mempelajari Bahasa Melayu hingga ke peringkat universiti? Para pelajar akan lebih tertarik untuk mendapat diploma dan ijazah mereka daripada maktab dan universiti swasta yang menggunakan BI sebagai bahasa pengantar utamanya. Sektor swasta tidak akan menghargai siswazah yang keluar daripada institusi pengajian tinggi awam. Akibatnya, terdapatlah dua dasar bahasa di negara ini yang dibezakan oleh "sektor kegiatan": bahasa sektor awam atau sektor kerajaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam urusannya, dan bahasa sektor swasta yang menggunakan bahasa-bahasa lain, terutama BI, sebagai bahasa utamanya. Di sektor swasta Bahasa Melayu terpinggir dan nampaknya akan terus terpinggir apabila beberapa banyak agensi kerajaan dan kemudahan awam diswastakan. Jika keadaan ini tidak dikawal, kegunaan Bahasa Melayu dalam urusan-urusan tertentu kerajaan pun akan turut merosot, digantikan oleh bahasa Inggeris.

Taraf Bahasa Melayu Di Sektor Swasta

Peminggiran BM - bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara - dalam sektor swasta amat aneh memandangkan bahawa lebih 85% daripada penduduk Malaysia selepas Kemerdekaan mengetahui bahasa ini. Menurut suatu kajian, hanya kira-kira 25% sahaja penduduk Malaysia yang menguasai bahasa Inggeris di berbagai-bagai peringkat kefasihan, kebanyakannya di peringkat "Malaysian English", yakni bukan bahasa Inggeris tinggi. Jelas nampaknya bahawa penduduk Malaysia semakin lama semakin terpisah-pisah lagi oleh bahasa di luar sistem rasmi kerajaan, yang ketara ialah di sektor swasta. Kita boleh bertanya, apa gunanya sistem pendidikan kebangsaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya - pelajar memperoleh sijil SPM, STPM dan ijazah universiti dalam BM - jikalau dalam dunia pekerjaan dan profesion, di dalam dunia perusahaan dan kegiatan ekonomi di dalam negeri ini, bahasa ini tidak dihargai, tidak digunakan dengan berkesan?

Masalah "Budaya Bahasa"

(1) Setelah sekian lama kita mengambangkan BM sebagai bahasa rasmi negara dan sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, kita dapati bahawa kesedaran terhadap nilai dan peranan bahasa ini dalam kehidupan harian "bangsa Malaysia" di luar sistem yang rasmi itu tidak tinggi, sehinggakan kerajaan terpaksa melancarkan gerakan Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita dalam tahun 1987. Selain masalah terpinggirnya BM dalam sektor swasta sebagaimana yang tersebut di atas, kita juga melihat berlakunya apa yang disebut "pencemaran bahasa" atau salah guna bahasa itu di mana-mana sahaja, bukan sahaja dalam masyarakat bahkan juga di TV dan radio, malah juga di pejabat-pejabat kerajaan. Kejadian "code-switching" dan "code-mixture", yakni penggunaan Bahasa Melayu yang bercampur-baur dengan bahasa Inggeris, adalah kejadian yang cukup merebak. Dalam mesyuarat rasmi jabatan kerajaan, misalnya, bahasa campuran ini berlaku dengan leluasa sekali.

(2) Keadaan yang tersebut itu berlaku kerana beberapa sebab, antara yang lain-lain yang boleh kita sebutkan ialah: (a) pengguna dwibahasa BM-Bahasa Inggeris itu tidak cekap dalam kedua-dua bahasa, atau boleh jadi mereka lebih cekap dalam bahasa Inggeris daripada; (b) selepas Kemerdekaan bahasa Inggeris diajarkan sebagai bahasa wajib di sekolah, jadi lebih banyak penduduk Malaysia yang mengetahui bahasa Inggeris1. Masalah timbul apabila penguasaan bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang mereka pelajari itu tidak baik, tidak bermutu, maka berlakulah "code-switching" dan "code-mixture" yang menandakan betapa kacaunya pendidikan dan budaya bahasa di negara ini. (c ) kurangnya perhatian yang diberikan oleh ketua-ketua jabatan kerajaan dan juga oleh para menteri kita terhadap penggunaan BM yang baik dalam urusan pentadbiran kerajaan, dalam mesyuarat rasmi, di TV dan di radio.

Pengaruh bahasa Inggeris Yang kian meningkat

(1) Kedudukan bahasa Inggeris sebagai alat pengantar pendidikan tinggi di dalam negeri ini semakin dipupuk dan semakin penting setelah kerajaan membuat keputusan untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam "kursus-kursus sains dan teknologi tertentu" di Institusi Pengajian Tinggi Awam, dan juga setelah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) diluluskan yang memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk membenarkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai alat pengantar di pusat pengajian tinggi swasta. Dasar ini sudah tentu akan menyaingi, malah akan menggugat, kedudukan Bahasa Melayu yang kira-kira sudah mantap itu sebagai bahasa ilmu.

(2) Kami tidak nampak mengapakah dasar bahasa dan sistem pendidikan kebangsan yang sudah mantap dan diterima umum itu mesti dinyahstabilkan oleh perubahan yang baru itu. Kita tidak sekali-kali menentang rakyat Malaysia mempelajari bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa asing yang lain. Tetapi bahasa ini penting hanya untuk maksud-maksud tertentu sahaja, atau untuk menghubungi dunia luar (misalnya untuk urusan diplomatik, perdagangan antarabangsa, mempelajari ilmu dari negeri berbahasa Inggeris, dan sebagainya) tetapi tidak sebagai alat kemajuan atau pembangunan di dalam negara sendiri yang sebahagian besar penduduknya tidak memahami dan tidak perlu memahami bahasa asing itu untuk memajukan keadaan mereka. Jikalau pegawai diplomatik Malaysia tidak fasih berbahasa Inggeris mereka patutlah diberikan kursus intensif bahasa Inggeris sebagai program khusus. Sayugia diingatkan bahawa mengetahui bahasa Inggeris sahaja tidak bererti pegawai diplomatik itu dapat berhubung dengan seluruh dunia. Jikalau mereka bertugas di negeri Perancis, atau di negeri Arab atau di negeri Jepun, bahasa Inggeris boleh jadi tidak digunakan dengan luas.

(3) Tiada siapa di negara ini yang menentang BI. Soalnya ialah, apakah pentingnya bahasa ini sebagai alat kemajuan di dalam negeri ini, bukan di dunia luar. Pengalaman negara yang maju atau sedang maju seperti Jepun, Korea Selatan, Negeri Thai, Indonesia, dan Taiwan yang menggunakan bahasa sendiri (bukan bahasa pinjaman/bahasa asing) sebagai alat kemajuan negara dalam semua bidang, dan pengalaman atau keadaan negara bukan Barat yang tidak maju yang menggunakan bahasa asing/bahasa pinjaman sebagai bahasa rasmi/bahasa kemajuan negara hendaklah dijadikan teladan dasar bahasa kita.

Cadangan

Untuk memastikan bahawa taraf BM sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pendidikan tinggi, bahasa kemajuan negara dan perpaduan yang sudah mantap itu tidak merosot ke taraf lama (sebelum Kemerdekaan) dan untuk mengelak berlakunya krisis dasar bahasa sehingga boleh menjejaskan perpaduan kaum dan kemajuan negara, kami kemukakan cadangan berikut:

(1) Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara hendaklah dilaksanakan dengan tegas dalam semua bidang.

(2) Arahan atau seruan supaya BI digunakan untuk mengajarkan "kurus-kursus sains dan teknologi tertentu" di universiti awam hendaklah ditarik balik.

(3) Pemimpin Melayu berhenti bercakap di khalayak umum tentang "pentingnya bahasa Inggeris untuk kemajuan negara ini". Kesan psikologi, politik dan budayanya terhadap kedudukan Bahasa Melayu amat buruk. Sebaliknya mereka mesti mula menegaskan tentang pentingnya Bahasa Melayu sebagai alat pembangunan negara dalam konteks Wawasan 2020.

(4) Tujuan belajar BI sebagai bahasa kedua mesti jelas. Peranan dan pentingnya bahasa kedua tidak boleh disamakan dengan peranan dan pentingnya bahasa pertama (BM) sebagai alat pembangunan negara dan pembentuk jati diri bangsa.

(5) Kerajaan hendaklah memupuk penggunaan Bahasa Melayu di dalam sektor swasta.